Tuesday, March 30, 2010

PROGRAM GALAKAN MEMBACA SIRI 1

Pada 27.03.2010 satu Program Galakan Membaca Siri 1 - Pertandingan Indoor Games (Karom, Chess, Congkak & Batu Seremban) telah diadakan di Pusat Sumber KEMAS Kg.Baharu Bt.28 Lenga yang melibatkan seramai 48 orang peserta (L/P) kanak-kanak. Kehadiran hampir 60 orang termasuk ibu bapa.... Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini....

KURSUS ANIMASI KOMPUTER

KEMAS Kawasan Pagoh (Unit Literasi Komputer) telah menganjurkan satu Kursus Animasi Komputer (Adobe Photoshop & Macromedia Flash) yang telah diadakan pada 23-25hb Mac,2010 bertempat di Kolej Komuniti Ledang. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh En.Zamri bin Razak - Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Negeri Johor....
Rentetan selama 3 hari 2 malam yang disertai oleh peserta Kelas Literasi Komputer & peserta luar bandar seramai 20 orang...
Penginapan di Gunung Ledang Resort.... dimana aktiviti sebelah malam diadakan LDK serta aktiviti riadah di sebelah petang....
Peserta pada hari pertama - Pengenalan Adobe
LDK " Kelebihan & Kelemahan ICT

Terima kasih kepada Kolej Komuniti Ledang kerana menyediakan bilik makmal yang lengkap, serta tenaga pengajar Cik Noraniza bt Samat dari Cosmopoint Muar...

Wednesday, March 24, 2010

DEMONSTRASI MASAKAN SIRI2 & OUTREACH - DISKUSI ILMIAH

Pada 22.03.2010 satu Demo Masakan & Outreach - Diskusi Ilmiah telah diadakan di TBK B/Raya Kg Parit Medan Kundang Ulu, Pagoh. Sebahagian peserta yang hadir....Ustaz Mohd Noor Tahrir bin Harun - Penyelia Bina Insan Pagoh sedang menyampaikan tazkirah kepentingan kehidupan dalam kekeluargaan (keluarga bahagia) & mengatasi masalah sosial.
Demonstrasi Masakan " Nasi Makanan Laut & Puding Coklat"
Tunjuk ajar & Demo diterangkan oleh Pn.Noriah bt Hj Aten -Pemaju Masyarakat Unit PKK KEMAS Kawasan Pagoh

PROGRAM GALAKAN MEMBACA - MOTIVASI SPM/STPM

Baru-baru ini KEMAS bekerjasama dengan Belia GB4B, UiTM dalam menganjurkan Motivasi SPM/STPM kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga di Felda Batu 27,Lenga pada 19 - 21hb Mac,2010 yang melibatkan pelajar seramai 74 orang.
Majlis Penyampaian Cenderahati kepada YB.Tn.Hj Tahir bin Mohd Ta'at - ADUN Bukit Serampang Merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh.
Penyampaian Cenderahati kepada Profesor Madya Datin Mahyuna wakil UiTM Shah Alam.
Sebahagian pelajar yang terlibat....
Ucapan perasmian Penutup oleh Ybhg. YB Tn. Hj Tahir bin Mohd Ta'at- Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Serampang
Slot Ketatanegaraan & Bina Negara oleh Tn.Hj Salihuddin bin Hj Rasul - Pegawai Khas Menteri Pelajaran Malaysia Merangkap Penyelaras Program Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh

Motivator sedang memberi LDK kepada peserta

Friday, March 19, 2010

DEMONSTRASI MASAKAN

Tazkirah ringkas oleh Ust.Mohd Noor Tahrir bin Harun - Penyelia Bina Insan KEMAS Pagoh mengenai peranan anak-anak sebagai pengundi masa hadapan....
Demo masakan ini diadakan di Bangunan Wadira Felcra Bukit Kepong pada 18.03.2010
jam 2.30 petang
Sebahagian peserta khusyuk mendengar penerangan dari PM
Demonstrasi Roti Ayam Berdaun Saderi & Stew Kacang Panggang

MAKLUMAN PROGRAM DI BULAN MAC,2010

Untuk makluman semua, program/aktiviti di Kawasan Pagoh telah bermula.....
1. 18.03.2010 - Demonstrasi Masakan - Bangunan Wadira Felcra Bukit Kepong
2. 20.03.2010 - Program Galakan Membaca (Motivasi SPM/STPM) di Sek.Men.Keb.Lenga
3. 22.03.2010 - Demonstrasi Masakan - TBK Parit Medan, Kundang Ulu
4. 23.03.2010 - Outreach/Diskusi Ilmiah - TBK B/Raya Kg Sungai Raya,Bukit Pasir
5. 23-25.03.2010 - Kursus Animasi Komputer - Kolej Komuniti Ledang
6. 27.03.2010 - Program Galakan Membaca Siri 1 - Pusat Sumber KEMAS Kg Baru Bt.28 Lenga
7. 28.03.2010 - Program Gerak Mesra - Kampung Pergam
8. 29.03.2010 - Outreach/Diskusi Ilmiah - Balai Raya Kg Kechik, Kepong
9. 30.03.2010 - Outreach/Diskusi Ilmiah - TBK Kg Panjang Sari, Pagoh...
Jadi.... anda semua di jemput hadir sama....

Tuesday, January 12, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

Diucapkan kepada semua blogger Selamat Menyambut Tahun Baru 2010... Semoga di tahun yang baru ini memberi rahmat kepada kita semua di kawasan masing2....

Monday, November 16, 2009

PROGRAM GERAK MESRA KG TERUS PANCHOR

Program Gerak Mesra ini telah diadakan di Balai Raya Kg Terus Panchor dan disempurnakan oleh Pn.Hjh Noriah bt Mahat - Pengerusi BPM Parlimen Pagoh merangkap Exco Perg,Wanita UMNO Malaysia....
Ucapan alu-aluan oleh Penyelia Kanan KEMAS Pagoh - En.Asrap Mokhtar
Sebahagian masyarakat setempat yang mengikuti aktiviti....

Pertandingan mewarna kanak2...
Pertandingan masakan "Kari Kepala Ikan Merah & Asam Pedas Ikan Pari"
Acara menganyam ketupat
Pertandingan Gubahan bahan terbuang "Logo 1 Malaysia"
Acara kopek kelapa...

SEMINAR PEMANTAPAN & KEFAHAMAN DASAR NEGARA

Satu Seminar Pemantapan & Kefahaman Dasar Negara telah diadakan pada 08 November,2009 di PPAK Felcra Bukit Kepong dan disempurnakan oleh YB Tn.Hj Tahir bin Mohd Ta'at - ADUN Bukit SerampangUcapan alu-aluan oleh Pegawai KEMAS Daerah Muar - Pn Norlian bt Mokhtar
Ceramah ke 2 oleh Mantan Penyelia KEMAS Pagoh - En, Fadzil bin Mohd Ghazali "Mencipta Tokoh Negara" dari sudut diri, keluarga & masyarakat...
Sebahagian peserta yang hadir...
Ceramah pertama " Kefahaman Dasar Negara" oleh En. Radzi bin Hj Amin -Pegawai JASA Daerah Muar

Sessi pendaftaran & tandatangan buku pelawat oleh YB Tn.Hj Tahir bin Mohd Ta'at - ADUN Bukit Serampang